heartbeat

Friday 18 January 2013

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA...


Ni Pasangan Suami Isteri Berjauhan....

Bercinta sampai ke SYURGA... 

Lelaki : Assalamualaikum bidadariku~setiap hari selepas baca al-Quran, sayang mesti bagi laporan berapa juz da habis... Kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita : Walaikumsalam... Orang merajuk... :(

Lelaki : Laa... Kenapa ni??

Wanita : Semalam abang ponteng tahajjud!! Sayang call kejut abang tak jawab... :'(
Lelaki : Astagfirullahal'azim... Abang penat + malas semalam...

Wanita : Tapi dulu abang da janji nak masuk syurga sama2...

Lelaki : hmm... Betullah tu... Abang mintak maaf... :'(

Wanita : Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal... Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah... Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang... Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki : (mengalir air mata)... Semoga ALLAH ampunkan abang... Malam ni abg tak malas2 lagi...

Hanya Sekadar Dialog....Andai Betul2 Wujud Pasangan gini ALHAMDULILLAH...

Jom Kita Jadi Seperti pAsangan ni...

KISAH SEORANG ANAK DI DALAM RAHIM YANG DIGUGURKAN


Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik di sini ..

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye ..
...
Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis ..

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan ..

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor cakap apa ..? ?pa benda D&E tu bu .? ?dik tak kan di apa-apa kan ya bu ..?

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..? Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , bu tlong adik , adik takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu skrg sdh mula memotong memutuskan leher adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin nak memeluk ibu ..

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga , memeluk , memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi tahu apa itu D&E .. Kenapa ibu tetap melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik ..? ?pa salah adik bu ..? Ibu bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ?

RENUNG2kn... Semoga kita mendapat hidayah... :)

| 19 KEISTIMEWAAN WANITA BERBANDING LELAKI |

Walau banyak kelebihan dan keistimewaan wanita berbanding lelaki, ramai juga yang masih lagi hanyut dibuai lena keduniaan. Mari kita ketahui kelebihan wanita. Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah. 

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.” 


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 


9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak


perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 


12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.” 


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. Wallahualam.



sumber :-

http://ckurakurakecik.blogspot.com/2012/12/19-keistimewaan-wanita-berbanding-lelaki.html